Latar Belakang KELAB SETIA

a. Kelab Setia ditubuhkan pada tahun 1995 adalah merupakan satu konsep kegiatan bersepadu secara perkongsian pintar (smart partnership) antara Jabatan Penerangan Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

b. Kelab Setia telah dilancarkan oleh Y.B. Dato’ Mohammed Rahmat, Menteri Penerangan Malaysia, pada 26 Disember 1995 di Seremban, Negeri Sembilan.

c. Kelab Setia adalah sebuah kelab yang ditubuhkan di sekolah menengah sebagai satu kegiatan ko-kurikulum pelajar.

Keterangan Logo:

Logo ini berbentuk ‘S’ yang membawa erti ‘SETIA’.

Simbol ‘manusia’ yang berbentuk ‘S’ membawa maksud generasi muda yang cintakan perpaduan dan keharmonian.

Bentuk 'S' yang swiring dan seirama membawa pengertian teknik komunikasi massa dan bersemuka. Simbol ini juga menunjukkan helaian buku yang melambangkan pelajar yang berakademik dan berkualiti.

Gabungan warna bendera Malaysia yang terdapat di dalam logo tersebut merupakan lambang penghormatan terhadap perlembagaan negara.

Simbol bunga raya pada hujung huruf 'S' menunjukkan bunga kebangsaan manakala lima 'titik merah' di hujung 'S'menunjukkan lima prinsip Rukunegara.

Pengertian Warna :

Biru : Melambangkan perpaduan dan keharmonian

Merah : Melambangkan keberanian dan kegigihan pelajar

Kuning : Cinta dan setia kepada raja dan negaraPutih : Keikhlasan dan ketulusan

Visi

Kelab Setia sebagai sebuah kelab yang unggul dalam melahirkan generasi yang setia, bersemangat patriotik dan berdaya saing.

Misi

Menterjemahkan dan merealisasikan hasrat kepimpinan negara untuk membentuk generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang melalui pendekatan komunikasi yang strategik.

Konsep

Kelab Setia ialah sebuah kelab ko-kurikulum yang ditubuhkan sebagai saluran komunikasi bagi membentuk pembangunan minda pelajar melalui prinsip Enam Setia (6S).

Moto"Penggerak Generasi Terbilang"

Objektif

a. Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat setia dan cintakan negara.

b. Membentuk generasi yang cintakan perpaduan dan keharmonian.

c. Mendedahkan pelajar kepada sistem amalan demokrasi berparlimen.

d. Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan proaktif melalui teknik komunikasi massa dan bersemuka.

e. Membentuk bakat kepimpinan di kalangan pelajar.

Aktiviti

a. Majlis interaksi sesama ahli
b. Majlis taklimat/ceramah
c. Lawatan Sambil Belajar
d. Ekspedisi
e. Khemah Kerja
f. Kerja Sosial
g. Kursus Sivik
h. Bengkel / Seminar
i. Pilihanraya atau kaedah lain pemilihan
j. Menyertai majlis kerajaan/sambutan/kebesaran peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
k. Aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai dan berfaedahPrinsip Enam Setian (6S)

Prinsip Enam Setia atau 6S adalah nilai-nilai kesetiaan yang akan diterapkan di dalam setiap ahli Kelab Setia melalui setiap aktiviti ko-kurikulum dilaksanakan iaitu :

a. Setia Murni
Menerapkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, jujur, amanah, ikhlas, dedikasi, berdisplin, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur.
b. Setia Diri
Meningkatkan motivasi diri untuk mencapai kejayaan cemerlang dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelektual.
c. Setia Keluarga
Menanamkan perasaan sayang dan cinta kepada keluarga.
d. Setia Sekolah
Membentuk diri supaya patuh kepada displin dan peraturan sekolah bagi meningkatkan kecermelangan akademik.
e. Setia Bangsa
Meningkatkan semangat patriotik ke arah pembinaan Bangsa Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
f. Setia Negara
Prinsip ini merupakan agenda patriotik iaitu ketaatan dan patuh kepada negara ke arah mencapai Satu Bangsa, Satu Negara, Malaysia Tanah Airku.

Sekolah Menengah Methodist Sibu

Sekolah Menengah Methodist Sibu
Jalan Tun Abang Haji Openg, Peti Surat 97007 Sibu, Sarawak.

20120624

Majlis Perpisahan Pegawai Penyelaras Kelab Setia - Hatta Ali

Penyampaian Cendrahati oleh Presiden Kelab Setia Sesi 2011/2012
Gambar bersama AJK , Ahli  Sesi 2011/2012 dan Guru Guru Penyelaras SMK Methodist Sibu.


Majlis Perpisahan Pegawai Penyelaras (Jabatan Penerangan) Kelab Setia SMK Methodist Sibu - Hatta Ali tahun 2000 - 2012,  Perpindah tempat bertugas dari Jabatan Penerangan Malaysia Sibu ke Jabatan Penerangan Malaysia Kuching pada 4 Jun 2012.

No comments: