Latar Belakang KELAB SETIA

a. Kelab Setia ditubuhkan pada tahun 1995 adalah merupakan satu konsep kegiatan bersepadu secara perkongsian pintar (smart partnership) antara Jabatan Penerangan Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

b. Kelab Setia telah dilancarkan oleh Y.B. Dato’ Mohammed Rahmat, Menteri Penerangan Malaysia, pada 26 Disember 1995 di Seremban, Negeri Sembilan.

c. Kelab Setia adalah sebuah kelab yang ditubuhkan di sekolah menengah sebagai satu kegiatan ko-kurikulum pelajar.

Keterangan Logo:

Logo ini berbentuk ‘S’ yang membawa erti ‘SETIA’.

Simbol ‘manusia’ yang berbentuk ‘S’ membawa maksud generasi muda yang cintakan perpaduan dan keharmonian.

Bentuk 'S' yang swiring dan seirama membawa pengertian teknik komunikasi massa dan bersemuka. Simbol ini juga menunjukkan helaian buku yang melambangkan pelajar yang berakademik dan berkualiti.

Gabungan warna bendera Malaysia yang terdapat di dalam logo tersebut merupakan lambang penghormatan terhadap perlembagaan negara.

Simbol bunga raya pada hujung huruf 'S' menunjukkan bunga kebangsaan manakala lima 'titik merah' di hujung 'S'menunjukkan lima prinsip Rukunegara.

Pengertian Warna :

Biru : Melambangkan perpaduan dan keharmonian

Merah : Melambangkan keberanian dan kegigihan pelajar

Kuning : Cinta dan setia kepada raja dan negaraPutih : Keikhlasan dan ketulusan

Visi

Kelab Setia sebagai sebuah kelab yang unggul dalam melahirkan generasi yang setia, bersemangat patriotik dan berdaya saing.

Misi

Menterjemahkan dan merealisasikan hasrat kepimpinan negara untuk membentuk generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang melalui pendekatan komunikasi yang strategik.

Konsep

Kelab Setia ialah sebuah kelab ko-kurikulum yang ditubuhkan sebagai saluran komunikasi bagi membentuk pembangunan minda pelajar melalui prinsip Enam Setia (6S).

Moto"Penggerak Generasi Terbilang"

Objektif

a. Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat setia dan cintakan negara.

b. Membentuk generasi yang cintakan perpaduan dan keharmonian.

c. Mendedahkan pelajar kepada sistem amalan demokrasi berparlimen.

d. Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan proaktif melalui teknik komunikasi massa dan bersemuka.

e. Membentuk bakat kepimpinan di kalangan pelajar.

Aktiviti

a. Majlis interaksi sesama ahli
b. Majlis taklimat/ceramah
c. Lawatan Sambil Belajar
d. Ekspedisi
e. Khemah Kerja
f. Kerja Sosial
g. Kursus Sivik
h. Bengkel / Seminar
i. Pilihanraya atau kaedah lain pemilihan
j. Menyertai majlis kerajaan/sambutan/kebesaran peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
k. Aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai dan berfaedahPrinsip Enam Setian (6S)

Prinsip Enam Setia atau 6S adalah nilai-nilai kesetiaan yang akan diterapkan di dalam setiap ahli Kelab Setia melalui setiap aktiviti ko-kurikulum dilaksanakan iaitu :

a. Setia Murni
Menerapkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, jujur, amanah, ikhlas, dedikasi, berdisplin, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur.
b. Setia Diri
Meningkatkan motivasi diri untuk mencapai kejayaan cemerlang dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelektual.
c. Setia Keluarga
Menanamkan perasaan sayang dan cinta kepada keluarga.
d. Setia Sekolah
Membentuk diri supaya patuh kepada displin dan peraturan sekolah bagi meningkatkan kecermelangan akademik.
e. Setia Bangsa
Meningkatkan semangat patriotik ke arah pembinaan Bangsa Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
f. Setia Negara
Prinsip ini merupakan agenda patriotik iaitu ketaatan dan patuh kepada negara ke arah mencapai Satu Bangsa, Satu Negara, Malaysia Tanah Airku.

Sekolah Menengah Methodist Sibu

Sekolah Menengah Methodist Sibu
Jalan Tun Abang Haji Openg, Peti Surat 97007 Sibu, Sarawak.

20120624

Majlis Perpisahan Pegawai Penyelaras Kelab Setia - Hatta Ali

Penyampaian Cendrahati oleh Presiden Kelab Setia Sesi 2011/2012
Gambar bersama AJK , Ahli  Sesi 2011/2012 dan Guru Guru Penyelaras SMK Methodist Sibu.


Majlis Perpisahan Pegawai Penyelaras (Jabatan Penerangan) Kelab Setia SMK Methodist Sibu - Hatta Ali tahun 2000 - 2012,  Perpindah tempat bertugas dari Jabatan Penerangan Malaysia Sibu ke Jabatan Penerangan Malaysia Kuching pada 4 Jun 2012.

20120605

Quiz champs to boost Asean ties

(From left) Emilia Muhd Arif, Brandon Ling and Nabil Ersyad Mohd Noor Eddie Putra will represent the country at the Asean Quiz Competition 2012 in Cambodia in August


KUALA LUMPUR: Three fifth formers will play the role of young ambassadors when they represent Malaysia at the Asean Quiz Competition 2012 in Cambodia in August

The trio, who topped the national-level Asean quiz finals on Tuesday, displayed an in-depth knowledge of various topics on Asean countries during the competition, held in Angkasapuri.
Classmates Brandon Ling and Emilia Muhd Arif of SMK Methodist Sibu, Sarawak, and Nabil Ersyad Mohd Noor Eddie Putra of Sekolah Sultan Alam Shah in Putrajaya emerged as champion, first and second runners-up respectively.

Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim, in his closing speech, expressed confidence that the three students would shine at the competition in Cambodia.
"As our young ambassadors, I am sure they will help promote the country at the competition, which is part of a programme to promote Asean among youth."

Rais' speech was read by his deputy, Datuk Joseph Salang Gandum.
The competition, open to students aged between 15 and 17, aims to inculcate the reading habit and cultivate their interest in general knowledge, especially on Asean countries.
It is organised by the Asean Committee on Culture and Information -- a body under the Asean Ministers Responsible for Information (Amri).
At a meeting last February, Amri members had agreed to establish a blueprint to promote Asean in their respective countries.
"Over the past decades, member countries have strengthened their ties in the social, cultural and economic sectors.
"Yet, many of us are not that knowledgeable about Asean and what it really stands for," Rais said.
He added that Malaysia had gained many benefits in various fields through its close partnership and cooperation with Asean members.
Rais said the quiz, themed "Unity in Diversity", had also helped promote better understanding on the roles and functions of Asean.
"It allows students to gain information on current and regional issues and developments of member countries.
"This programme helps cultivate the interest on Asean among the younger generation."
Speaking to reporters later, Salang said wider broadband penetration and Internet accessibility had helped to double the number of contestants from schools nationwide.
This year, about 7,700 students took part in the competition -- an increase of 150 per cent compared with the last competition in 2009.
Fifteen semi-finalists were picked from various states where they had to answer a set of objective, subjective and essay questions online. From there, five finalists made their way to the national-level duel.
Here, the competition comprised two segments where a finalist chose questions based on five categories in the first segment and compete to answer the most number of questions within 20 minutes in a rapid question segment.
The questions were based on politics, economy, social awareness, science, technology and environment, and history.
Ling took home RM2,500 while Emilia and Nabil won RM 1,500 and RM1,000 respectively. They also received trophies and certificates.
Fourth and fifth placing went to Kimberly Rose Yu-Zhu Guo of SMJK Yu Hua, Kajang, and R. Sharveenie from SMK Sultan Ismail, Johor Baru, who received RM750, a plaque and certificate each.
The remaining 10 semi-finalists received RM300, a plaque and certificate each.


31 May 2012 New Striats Times

20120524

2 Pelajar SMK Methodist yang bertanding ke Kuiz Asean 2012 Kuala Lumpur



( Gambar Pegawai Penyelaras Kelab Setia SMK Methodist Sibu bersama Cikgu Wong, pelajar dan DJ Dean RTM Sibu  semasa sesi temubual radio 24/5/2012).


2 Pelajar SMK Methodist Sibu yang di antara Top 15 yang akan bertanding di  Pertandingan Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur pada 29 Mei 2012 untuk memilih 3 peserta ke peringkat Asean yang akan diadakan di Laos pada 9 September 2012.  Mereka ialah Emilia binti Muhd Arif Stephen dan Brandon Ling Kie Chai (Tingkat 5 Sains).  Turut bersama ialah guru pengiring Cikgu Wong See Chiong dan pegawai pengiring Jabatan Penerangan Malaysia En. Hatta Ali.

20120518

Kelab Setia menganjurkan Pertandingan Futsal 21-22 April 2012

 Pasukan Perempuan Kelab Setia Methodist
 Pasukan Lelaki Kelab Setia
 Kelab Setia menjual minuman bagi tabungnya (gambar atas)
AJK penganjur bersama pembatu guru penyelaras kelab (gambar bawah)




 Aksi Pelawanan Futsal kategori  Perempuan
 Aksi Pelawanan kategori Lelaki


Kelab 1Malaysia (Kelab Setia) telah menganjurkan pertandingan Futsal untuk sekolah SMK Methodist Sibu.  Seramai 24 pasukan  lelaki dan  4 pasukan perempuan menyertai pertandingan yang yang diadakan selama 2 hari iaitu 21 dan 22 April 2012.  


20120412

Guru Penyelaras Kelab Setia Methodist : Penghargaan kepada Guru Penyelaras Kelab Setia Paling Lama - 15 Tahun



Cikgu Latifah, guru penyelaras Kelab Setia SMK Methodist menerima penghargaan dari Jabatan Penerangan Malaysia atas sumbangan dan perkhidmatan selaku guru penyelaras Kelab Setia selamat 15 tahun di malam terakhir khemah kerja kelab setia 2012, Similajau, Bintulu.



20120324

Khemah Kerja Kelab Setia 2012 - Similajau National Park, Bintulu 10-13 Mac 2012

Menerima sijil penyertaan bagi peserta SMK Methodist Sibu

Cantik suasana matahari turun
Permainan tali perlu berpegang kepada arahan, amanah, tanggungjawab, tidak terpengaruh kepada anasir luar, setiakawan, perpaduan dan sikap bantu membatu antara kumpulan

Walaupun datang dari lain sekolah, kaum, bangsa,agama atau perbezaan umur, kita hapuskan perbezaan itu dan 1Malaysia tuju hala kita.
Kerceriaan dalam perjalan balik dari kem 13.3.2012



BBQ





Adik Kelab Setia Methodist

Sesi Suaikenal

Taklimat setelah melapor diri


Projek persembahan


Pendaftaran pada 10 Mac 2012

Peserta Kita SMK Methodist Sibu 2012

Guru penyelaras SMK Methodist menerima cenderahati dan sijil penghargaan kerana menyumbang bakti menjadi Guru yang paling lama (15 Tahun) memimpin Kelab Setia

SMK Methodist


Peserta Lelaki : Mohd. Emirrul Ali, Amirul Siraj Munir dan Abg. Nazirul Afiq

Nur Hafizah Muhd. Hisham, Nur Shamila Mohd. Rahmat & Nurul Nadhirah Mohd. Shariff

Rombongan Kelab Setia SMK Methodist bersama Guru dan Pegawai Penyelaras


Gambar Kenangan bersama Pengarah Penerangan Sarawak dan YB, ahli Kelab Setia 16 buah sekolah malam perpisahan 12 Mac 2012