Latar Belakang KELAB SETIA

a. Kelab Setia ditubuhkan pada tahun 1995 adalah merupakan satu konsep kegiatan bersepadu secara perkongsian pintar (smart partnership) antara Jabatan Penerangan Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

b. Kelab Setia telah dilancarkan oleh Y.B. Dato’ Mohammed Rahmat, Menteri Penerangan Malaysia, pada 26 Disember 1995 di Seremban, Negeri Sembilan.

c. Kelab Setia adalah sebuah kelab yang ditubuhkan di sekolah menengah sebagai satu kegiatan ko-kurikulum pelajar.

Keterangan Logo:

Logo ini berbentuk ‘S’ yang membawa erti ‘SETIA’.

Simbol ‘manusia’ yang berbentuk ‘S’ membawa maksud generasi muda yang cintakan perpaduan dan keharmonian.

Bentuk 'S' yang swiring dan seirama membawa pengertian teknik komunikasi massa dan bersemuka. Simbol ini juga menunjukkan helaian buku yang melambangkan pelajar yang berakademik dan berkualiti.

Gabungan warna bendera Malaysia yang terdapat di dalam logo tersebut merupakan lambang penghormatan terhadap perlembagaan negara.

Simbol bunga raya pada hujung huruf 'S' menunjukkan bunga kebangsaan manakala lima 'titik merah' di hujung 'S'menunjukkan lima prinsip Rukunegara.

Pengertian Warna :

Biru : Melambangkan perpaduan dan keharmonian

Merah : Melambangkan keberanian dan kegigihan pelajar

Kuning : Cinta dan setia kepada raja dan negaraPutih : Keikhlasan dan ketulusan

Visi

Kelab Setia sebagai sebuah kelab yang unggul dalam melahirkan generasi yang setia, bersemangat patriotik dan berdaya saing.

Misi

Menterjemahkan dan merealisasikan hasrat kepimpinan negara untuk membentuk generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang melalui pendekatan komunikasi yang strategik.

Konsep

Kelab Setia ialah sebuah kelab ko-kurikulum yang ditubuhkan sebagai saluran komunikasi bagi membentuk pembangunan minda pelajar melalui prinsip Enam Setia (6S).

Moto"Penggerak Generasi Terbilang"

Objektif

a. Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat setia dan cintakan negara.

b. Membentuk generasi yang cintakan perpaduan dan keharmonian.

c. Mendedahkan pelajar kepada sistem amalan demokrasi berparlimen.

d. Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan proaktif melalui teknik komunikasi massa dan bersemuka.

e. Membentuk bakat kepimpinan di kalangan pelajar.

Aktiviti

a. Majlis interaksi sesama ahli
b. Majlis taklimat/ceramah
c. Lawatan Sambil Belajar
d. Ekspedisi
e. Khemah Kerja
f. Kerja Sosial
g. Kursus Sivik
h. Bengkel / Seminar
i. Pilihanraya atau kaedah lain pemilihan
j. Menyertai majlis kerajaan/sambutan/kebesaran peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
k. Aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai dan berfaedahPrinsip Enam Setian (6S)

Prinsip Enam Setia atau 6S adalah nilai-nilai kesetiaan yang akan diterapkan di dalam setiap ahli Kelab Setia melalui setiap aktiviti ko-kurikulum dilaksanakan iaitu :

a. Setia Murni
Menerapkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, jujur, amanah, ikhlas, dedikasi, berdisplin, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur.
b. Setia Diri
Meningkatkan motivasi diri untuk mencapai kejayaan cemerlang dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelektual.
c. Setia Keluarga
Menanamkan perasaan sayang dan cinta kepada keluarga.
d. Setia Sekolah
Membentuk diri supaya patuh kepada displin dan peraturan sekolah bagi meningkatkan kecermelangan akademik.
e. Setia Bangsa
Meningkatkan semangat patriotik ke arah pembinaan Bangsa Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
f. Setia Negara
Prinsip ini merupakan agenda patriotik iaitu ketaatan dan patuh kepada negara ke arah mencapai Satu Bangsa, Satu Negara, Malaysia Tanah Airku.

Sekolah Menengah Methodist Sibu

Sekolah Menengah Methodist Sibu
Jalan Tun Abang Haji Openg, Peti Surat 97007 Sibu, Sarawak.

20101118

KELAB SETIA : CERAMAH 1MALAYSIA 18 NOVEMBER 2010






















Pada 18 November 2010, AJK Kelab Setia SMK Methodist Sibu dibawah guru penyelaras Puan Latifah Sada dan Puan Norina Ramizi telah menjemput Jabatan Penerangan Malaysia Sibu untuk mengadakan ceramah '1Malaysia' untuk ahli ahli Kelab Setia dan pelajar SMK Methodist. PPD Jabatan Penerangan Malaysia, En. Rosman Zaini dijemput untuk memberi ceramah tersebut yang dihadiri oleh sebanyak 50 orang ahli kelab dan pelajar. Turut hadir ialah pegawai peyelaras kelab jabatan, PP Hatta; PP Mohd. Nazaruddin Ramli selaku juruacara majlis dan dibantu oleh JAV Ali Paiee dan PRA Rudi.

20100728

Ahli Jawatan Kuasa Kelab Setia SMK Methodist Sesi 2010/2011

Presiden : Azri bin Adam
Timb. Presiden (L) : Mohd. Zaifi Mohd. Zain
Timb. Presiden (P) : Nur Zaitul Aqmar binti Harry
Setiausaha : Nur Syafiza Zaulkipli
Pen. Setiausaha : Haziqah Hashim
Bendahari : Joanna Vanezsa
Pen. Bendahari :Siti Zahirah Dis

Ahli Jawatankuasa:
Shariffah Nur Alluyah
Dayangku Nurazzerah Awg. Raduan
Nurzaina Rosli
Hasdy
Zulkipli Rapie
Abg. Nazirul Afiq Abg. Bakeri
Amirul Siraj Munir
Mohd. Emirral


Guru Penyelaras :Puan Latifah Sada
Cik Norina binti Mazidi

20100628

Kelab Setia SMK Methodist Menyertai "PESTA MAKANAN 2010 SMK METHODIST"

Khemah menempatkan gerai
Pengunjung memenuhi laman gerai gerai

Gerai Kelab Setia SMK Methodist
Gerai bersama Pandu Puteri dan Kelab Setia SMK Methodist Sibu
Pada 26 Julai 2010 Sekolah Menengah Kerajaan Methodist Sibu telah mengadakan pesta jualan makanan bagi kelab dan kesatuan sekolah berkenaan. Pesta yang disertai oleh kelab dan kesatuan sekolah berkenaan ialah aktiviti tahunan bagi mengumpul dana untuk sekolah dan badan pertubuhan yang ada disekolah berkenaan. Turut serta ialah Kelab Setia yang mana mengadakan gerai jualan makanan kuih muih. Pesta yang berlansung sehari suntuk mendapat sambutan ramai bukan sahaja dari pelajar tetapi juga ibu bapa pelajar serta orang ramai.

20100415

Imbas Kembali

Proses Pemilihan Ahli Jawatankuasa

Ahli Ahli kelab

20100221

Majlis Malam Mesra 2010




AJK 2008/2009