Latar Belakang KELAB SETIA

a. Kelab Setia ditubuhkan pada tahun 1995 adalah merupakan satu konsep kegiatan bersepadu secara perkongsian pintar (smart partnership) antara Jabatan Penerangan Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

b. Kelab Setia telah dilancarkan oleh Y.B. Dato’ Mohammed Rahmat, Menteri Penerangan Malaysia, pada 26 Disember 1995 di Seremban, Negeri Sembilan.

c. Kelab Setia adalah sebuah kelab yang ditubuhkan di sekolah menengah sebagai satu kegiatan ko-kurikulum pelajar.

Keterangan Logo:

Logo ini berbentuk ‘S’ yang membawa erti ‘SETIA’.

Simbol ‘manusia’ yang berbentuk ‘S’ membawa maksud generasi muda yang cintakan perpaduan dan keharmonian.

Bentuk 'S' yang swiring dan seirama membawa pengertian teknik komunikasi massa dan bersemuka. Simbol ini juga menunjukkan helaian buku yang melambangkan pelajar yang berakademik dan berkualiti.

Gabungan warna bendera Malaysia yang terdapat di dalam logo tersebut merupakan lambang penghormatan terhadap perlembagaan negara.

Simbol bunga raya pada hujung huruf 'S' menunjukkan bunga kebangsaan manakala lima 'titik merah' di hujung 'S'menunjukkan lima prinsip Rukunegara.

Pengertian Warna :

Biru : Melambangkan perpaduan dan keharmonian

Merah : Melambangkan keberanian dan kegigihan pelajar

Kuning : Cinta dan setia kepada raja dan negaraPutih : Keikhlasan dan ketulusan

Visi

Kelab Setia sebagai sebuah kelab yang unggul dalam melahirkan generasi yang setia, bersemangat patriotik dan berdaya saing.

Misi

Menterjemahkan dan merealisasikan hasrat kepimpinan negara untuk membentuk generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang melalui pendekatan komunikasi yang strategik.

Konsep

Kelab Setia ialah sebuah kelab ko-kurikulum yang ditubuhkan sebagai saluran komunikasi bagi membentuk pembangunan minda pelajar melalui prinsip Enam Setia (6S).

Moto"Penggerak Generasi Terbilang"

Objektif

a. Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat setia dan cintakan negara.

b. Membentuk generasi yang cintakan perpaduan dan keharmonian.

c. Mendedahkan pelajar kepada sistem amalan demokrasi berparlimen.

d. Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan proaktif melalui teknik komunikasi massa dan bersemuka.

e. Membentuk bakat kepimpinan di kalangan pelajar.

Aktiviti

a. Majlis interaksi sesama ahli
b. Majlis taklimat/ceramah
c. Lawatan Sambil Belajar
d. Ekspedisi
e. Khemah Kerja
f. Kerja Sosial
g. Kursus Sivik
h. Bengkel / Seminar
i. Pilihanraya atau kaedah lain pemilihan
j. Menyertai majlis kerajaan/sambutan/kebesaran peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
k. Aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai dan berfaedahPrinsip Enam Setian (6S)

Prinsip Enam Setia atau 6S adalah nilai-nilai kesetiaan yang akan diterapkan di dalam setiap ahli Kelab Setia melalui setiap aktiviti ko-kurikulum dilaksanakan iaitu :

a. Setia Murni
Menerapkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, jujur, amanah, ikhlas, dedikasi, berdisplin, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur.
b. Setia Diri
Meningkatkan motivasi diri untuk mencapai kejayaan cemerlang dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelektual.
c. Setia Keluarga
Menanamkan perasaan sayang dan cinta kepada keluarga.
d. Setia Sekolah
Membentuk diri supaya patuh kepada displin dan peraturan sekolah bagi meningkatkan kecermelangan akademik.
e. Setia Bangsa
Meningkatkan semangat patriotik ke arah pembinaan Bangsa Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
f. Setia Negara
Prinsip ini merupakan agenda patriotik iaitu ketaatan dan patuh kepada negara ke arah mencapai Satu Bangsa, Satu Negara, Malaysia Tanah Airku.

Sekolah Menengah Methodist Sibu

Sekolah Menengah Methodist Sibu
Jalan Tun Abang Haji Openg, Peti Surat 97007 Sibu, Sarawak.

20090729

PROGRAM KHEMAH KERJA KELAB SETIA 1MALAYSIA : 31 JULY - 2 AUGUST 2009

Majlis penutupan dan penyampai sijil peserta
Riadah - poco poco ?
Riadah- sesi memperkenalkan diri
Para barisan penceramah
Bersama guru pengiring, Cikgu Fazli
Hari pertama, melapor diri
Taklimat guru penyelaras kelab
Ahli sedang membincang kertas kerja
Tak sabar nak balik selepas khemah kerja



Satu khemah kerja Kelab Setia 1Malaysia telah diadakan di kem YMCA Sibu selama 3 hari 2 malam bermula 31 Julai dan berakhir 2 Ogos, 2009.


Khemah kerja yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak diserta oleh 8 buah Kelab Setia dari lapan buah sekolah menengah di bahagian Sibu, Sarikei dan Kapit.

Sekolah sekolah yang turut serta ialah:


1. Kelab Setia SMK Methodist, Sibu
2. Kelab Setia SMK Three Rivers, Mukah
3. Kelab Setia SMK Kanowit, Kanowit
4. Kelab Setia SMK Meradong, Sarikei
5. Kelab Setia SMK Pakan, Sarikei
6. Kelab Setia SMK Belawai, Sarikei
7. SMK Selirik, Kapit
8. SMK Belaga, Kapit.

Melalu ceremah ceramah ahli peserta memahami maksud 1Malaysia dan Rukun Negera secara mendalam melalui ceramah ceramah disampaikan oleh para penceramah Jabatan Penerangan Malaysia. Selain itu, ahli kelab diberi peluang mengenali satu sama yang lain, bertukar-tukar fikiran dan pandangan bersama ahli ahli sekolah-sekolah turut serta. Lebih menyeronok para peserta berpeluang berkerja secara kumpulan dalam latihan kreativiti dan kempimpinan.

Jauh dan terasing dari kesibukan bandar, suasana yang kehijauan dan tenang menjadi tarikan peserta dan dapat memberi membuka dan ilham mengenai ketenangan serta keunikan alam semula jadi yang semakin luput.

Majlis penutupan dirasmikan oleh yang berhormat ADUN Nangka YB Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah yang juga turut menyampai sijil penyertaan kepada para peserta. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Cik Hajjah Sharifah Mariam dan Ketua cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Encik Zaini Mohamad.

20090718

Majlis Pemilihan Ahli Jawatankuasa Sesi 2009/2010


Bersama pegawai penyelaras dan guru-guru penyelaras
Menyanyi lagu ' Negaraku dan Setia'
Presiden betrsama Guru-Guru Penyelaras




Menikmati kuih-muih yang dihidang





Pada 18 Julai 2009 berlansung majlis pemilihan ahli jawatankuasa 2009/2010 di sekolah SMK Methodist Sibu. Seramai 40 orang ahli baru yang terdiri daripada kelas tingkat empat dan enam bawah telah mendaftar. Selepas pemilihan, ahli-ahli jawatankuasa tahun 2008/2009 telah menyerah tugas kepada AJK 2009/2010 untuk meneruskan tugas mentadbir kelab dan merancang serta melaksanakan aktiviti sepanjang tahun.